Saya dengan ini bersetuju bahawa maklumat yang akan dihantar akan digunakan seperti yang tertakluk di dalam Notis PDPA
Saya ingin melanggan makluman promosi dan pemasaran terkini daripada Wasiyyah Shoppe Berhad untuk manfaat eksklusif pelanggan.
Hantar

Kami berdedikasi dalam menyediakan solusi perwarisan Islam yang diyakini, mudah difahami, dan berpaksikan nilai kasih sayang serta keadilan untuk semua lapisan masyarakat.

Tahun Beroperasi (Sejak 2004)
Jumlah Kakitangan Wasiyyah
Kes Pusaka Diselesaikan Dengan Jayanya
Dai’e Berdaftar Seluruh Malaysia
Kadar Kejayaan Pengesahan Hibah

Tuan Haji Ariffin bin Sabirin
Ketua Pegawai Eksekutif / Presiden Kumpulan
Ketua Pegawai Eksekutif / Presiden Kumpulan
Dari Meja Ketua Pegawai Eksekutif / Presiden Kumpulan
Tahun kewangan Wasiyyah berakhir setiap 30hb Jun. Bagi tahun kewangan 2024/25, Wasiyyah telah mencatat peningkatan ketara dari sudut pendapatan dan keuntungan bersih selepas cukai. Dengan tadbirurus korporat amalan terbaik seperti sebuah syarikat senaraian awam dan rekod prestasi kewangan yang sentiasa meningkat dari tahun ke tahun, Wasiyyah berada di atas landasan yang tepat bagi mencapai objektif bukan sahaja untuk kekal sebagai peneraju industri perancangan harta dan pengurusan pusaka di Malaysia, malah untuk muncul sebagai peneraju industri ini di peringkat global.
Sebagai syarikat amanah patuh syariah berpengalaman 21 tahun Nombor 1 di Malaysia dengan aset dalam pewarisan ( asset under inheritance ) 100,000 pelanggannya mencecah nilai RM 50 bilion, Wasiyyah faham bahawa kami menggalas amanah dan tanggungjawab besar.
Di atas kesedaran ini, Wasiyyah sentiasa berusaha keras memperbaiki mutu perkhidmatannya terutamanya dari sudut digitalisasi seperti penambahbaikan Usra Hibah Digital Document iaitu aplikasi mudah alih akad hibah tanpa kertas yang pertama di dunia. Setakat 31hb Disember 2024, lebih 8000 orang pelanggan telah mendapat manfaat daripada aplikasi ini.
Wasiyyah faham bahawa antara kekuatan utama kami yang menyebabkan kami menjadi pilihan masyarakat bagi tujuan perancangan harta dan pengurusan pusaka mereka ialah kerana elemen kepatuhan Syariah tanpa kompromi untuk semua perkhidmatan kami. Selain daripada pembangunan perkhidmatan berasaskan penyelidikan ilmiah yang terus dipertingkatkan dari masa ke semasa, Wasiyyah juga telah berjaya mendapat pensijilan patuh Syariah di peringkat antarabangsa.
Saya dan keseluruhan warga Wasiyyah berbangga kerana kami menjadi organisasi pertama di dunia yang memperoleh pensijilan seumpamanya bagi industri perancangan harta secara Syariah. Pensijilan ini membuka ruang untuk Wasiyyah bergerak dengan lebih aktif di peringkat global.
Melangkah masuk ke tahun kewangan 2025/26, pelbagai strategi telah dirancang bagi menambahbaik dan memantapkan lagi perkhidmatan perancangan harta secara syariah dan pengurusan harta pusaka untuk umat Islam Malaysia dan antarabangsa. Kami faham cabaran mendatang tidak akan mudah terutamanya dari sudut cabaran ekonomi domestik dan antarabangsa.
Namun kami yakin dengan sokongan mantap keseluruhan warga Wasiyyah dan kesedaran masyarakat yang semakin baik tentang peri pentingnya mereka merancang harta, isu-isu semasa harta pusaka dapat diselesaikan melalui perkhidmatan inovatif kami.
Wasiyyah Shoppe Berhad ditubuhkan pada 5hb Mei 2004. Mula beroperasi dari pejabat di tingkat 42 Menara 2 KLCC. Objektif penubuhan syarikat semenjak awal penubuhan ialah untuk memperkenalkan kaedah...
Visi dan Misi Wasiyyah
Matlamat Utama & Pencapaian
Kekuatan Organisasi
Kami ditubuhkan atas keprihatinan terhadap keperluan umat Islam dalam
merancang harta secara sah dan patuh Syariah, inilah permulaannya.








Dapatkan konsultasi percuma dan ketahui solusi terbaik untuk perancangan harta anda melalui instrumen Hibah, Wasiat dan banyak lagi. Pastinya tepat, mudah dan patuh syariah!
Wasiyyah Shoppe Berhad Syarikat Amanah Berhad Patuh Syariah Terbesar di Malaysia.
No. Pendaftaran Syarikat: 200401012968 (651471-T)
Perkhidmatan
Alamat Pejabat
A-G-07, Dataran Cascades, No. 13A, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara PJU 5, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
No. Telefon
+603 7680 2000
© 2025 Wasiyyah. All Rights Reserved.